Resepi Peria Katak Goreng Rangup

Peria Katak adalah sayuran yang sangat pahit dan terbukti boleh menjadi ubat kencing manis. Peria elok dimakan setiap hari, kerana selain untuk kencing manis, ia juga bagus untuk sakit darah tinggi, cuci darah, baik untuk buah pinggang dan sangat bagus untuk mengelakkan gastrik.

Okay, kalau nak sedap peria ni kena makan masa rangup-rangup. Kurang pahitnya jadi lebih sedap kerana kerangupan. Lagi-lagi masa makan tu tengah panas dan rangup, lepastu dimakan bersama sambal lada, pasti membuka selera anda seluas-luasnya!

resepi peria katak goreng


Untuk membuat resepi peria katak goreng yang sedap serta rangup, anda harus mengetahui teknik dan cara yang betul. Ikuti langkah-langkah penyediaan resepi di bawah.


Bahan-bahan diperlukan:

5 biji peria katak saiz sederhana
1 cawan tepung goreng pelbagai guna. Boleh guna tepung magik.
1 sudu setengah serbuk kari
Sedikit garam dan gula

Cara menyediakan dan memasak:

1. Peria katak perlu dibasuh bersih dan pastikan tiada benda kotor ataupun wax di luar peria. Kemudian sila hiris-hiris nipis. Pastikan biji peria katak itu dibuang. Kemudian rendam hirisan peria tadi dalam air garam seketika dan toskan sehingga kering.
2. Lepas itu, ambil mangkuk saiz sederhana dan agak leper, campurkan tepung pelbagai guna, sedikit garam dan juga serbuk kari. Gaul rata.
3. Selepas itu, ambil peria katak yang ditoskan hampir kering tadi dan lumurkan dengan campuran tepung tadi. Pastikan peria-peria tersebut dilumur sebati sehingga semuanya bersalut tepung.
4. Selepas itu bolehlah digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing/kekuningan. Oh ya, pastikan minyak betul-betul panas barulah menggoreng jika mahu kekalkan kerangupan ya.

0 comment... add one now